SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SK. TOK DIR

Sekolah Kebangsaan Tok Dir ditubuh dan dibuka pada tahun 1960 oleh penduduk kampung sekitar Kg. Tok Dir, Kg. Tok Pong, Kg. Tok Rimau dan Kg. Surau Haji Daud. Ia dikenali sebagai Sekolah Rakyat Kampung Tok Dir. Bangunan dan tapaknya diuruskan sendiri oleh penduduk kampung dan begitu juga dengan tenaga pengajarnya.

Guru-guru yang dilantik ialah :
  1. En. Manaf Bin Deraman : 1960 ( 3 bulan )
  2. En. Ismail Bin Musa : ( 1960 - 1962 )
  3. En. Bidin Bin Muda : (1961 - 1962 )       
Pada 01.01.1963 sekolah ini dinaik taraf oleh kerajaan dengan dinamakan Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu dengan menggunakan bangunan asal, semua guru diatas diberhentikan dan digantikan dengan 4 orang guru kerajaan termasuk Guru Besar En. Yusof Bin Ngah dan dibantu oleh En. Abdul Aziz Bin Mat Zin, Fatimah Binti Ibrahim, Hashim Bin Omar dengan muridnya seramai 50 orang.

Pada tahun 1967 pihak kerajaan telah mendirikan bangunan kayu tiga bilik darjah ( JKR 553 ) dan sebuah kantin ( JKR 554 ) serta pengambilan tanah seluas 2.83 ekar di atas lot-lot 3062, 3063, 3071 dan 3080 untuk dijadikan kawasan sekolah.

Pada tahun 1972, 4 bilik darjah separuh kekal lagi dibangunkan iaitu JKR 657. Pada 25 Mei 1974, bangunan JKR 657 telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Hussein Bin Dato' Onn SPMJ Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada 16.04.1992 perletakan batu asas bangunan tambahan 4 tingkat telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, SSAP, AMN, DJSN, SSSA, Menteri Kewangan Malaysia.

Tanggal bulan Mei 1993, bangunan JKR 553 dirobohkan kerana terlampau uzur. Manakala pada tahun 1993, bangunan 4 tingkat dengan 10 bilik darjah, bilik media, bilik perpustakaan dan bilik kemahiran hidup dalam pembinaan dan siap dalam bulan Julai 1994 menggantikan bangunan JKR 553.

Pada bulan September 2009 dua buah bangunan lama separuh simen Blok A ( JKR 657 ) dan Blok C 
( JKR 553 ) telah dirobohkan untuk dibina dua buah bangunan baru 3 tingkat dijangka siap pada tahun 2010.

Pada 30 Julai 2011 kedua-dua buah bangunan baru tersebut telah diizinkan untuk diduduki oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Dua blok tersebut iaitu Blok A adalah blok pentadbiran yang terdiri daripada pejabat sekolah, Bilik Guru Besar dan Penolong Knana, Bilik j-QAF, Pusat Sumber, Bilik Guru dan Bilik Kaunseling.

Manakala Blok C Pula terdiri daripada 7 buah bilik darjah, 2 Makmal Sains, 1 buah Bilik Pemulihan, 1 buah Bilik Seni, 1 buah Bilik Gerak Kerja kokurikulum dan 1 buah Bilik Access. Kini SK Tok Dir mempunyai 3 bangunan kekal dan 1 buah bangunan separuh kekal. Mempunyai 18 buah bilik darjah termasuk 2 buah bilik darjah bangunan separuh kekal serta terdapat 2 buah bilik Pra Sekolah.

KELUASAN KAWASAN SEKOLAH

Keluasan kawasan sekolah ialah 2.83 ac di atas lot-lot 3062, 3063,3071 dan 3080.

SENARAI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TOK DIR

BIL
NAMA
MULAI
HINGGA
1.
En.Yusof Bin Ngah
01.01.1963
11.01.1964
2.
Tn.Muda Bin Ngah
12.01.1964
31.12.1971
3.
YM.Syed Muhamad Bin Idrus
02.01.1972
31.12.1979
4.
En.Salleh @ Hashim Bin Embong
01.01.1980
30.09.1984
5.
Tn.Hj.Salleh Bin Abd.Rahman
01.10.1984
31.12.1986
6.
Tn.Hj.Salleh Bin Mohamad, PJK
01.03.1987
01.02.1994
7.
En.Mohd Ali Hanafiah Bin Abdullah,   PJK
01.02.1994
16.04.1995
8.
En.A.Manan Bin A.Rahman
16.04.1995
31.10.2001
9.
Tn.Hj.Sidek Bin Ahmad
01.11.2001
09.09.2004
10.
En.Mat Saat Bin Ibrahim
10.09.2004
31.07.2011
11.
A.Rahman Bin Taib
01.08.2011
Sekarang


GAMBAR-GAMBAR BERSEJARAH SEKOLAH 



 Sekolah Rakyat Kg. Tok Dir - Tahun 1960


Majlis Perasmian SK. Tok Dir oleh Y.A.B Dato Hussein bin Dato’Onn
pada 25 Mac 1974

No comments:

Post a Comment