PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Dir
No. Pusat
TBA 3041
Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Dir, 21070 Kuala Terengganu
No. Telefon / No Faks
09-6192300 / 09-6194086
Alamat Email
Facebook Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tok Dir
Jarak Ke JPNT
10 KM
Tahun Dibuka
1960
Guru Besar Sekarang
A. Rahman Bin Taib
Jumlah Guru
43 Orang
Jumlah Pelajar
574 Orang
Kakitangan Sokongan
8 Orang
Pekerja Swasta
5 Orang
Pekerja Keselamatan
3 Orang
Bilangan Kelas
20 Kelas
Gred Sekolah
A
Band
3


Bendera Sekolah



Warna Korporat

*** Putih    - Keikhlasan dan kemurnian dalam menjalankan tugas harian.
*** Biru     - Keharmonian dan perpaduan antara guru dan murid untuk 
                      mencapai matlamat wawasan sekolah.
*** Merah - Keberanian dan kekuatan dalam menghadapi cabaran dan 
                      dugaan dalam dunia pendidikan.
*** Kuning- Pendidikan dan pembelajaran berteraskan kehendak agama 
                      islam.


Logo Sekolah


Obor

melambangkan :

1.    Tugas kerja sekolah memberi cahaya itu suluh pengetahuan.
2.    Sikap dan perawakan pelajarnya yang bagus dan girang.
3.    Perkembangan yang kreatif  - suatu matlamat pengajaran.
4.    Kecemerlangan  - sebagai harapan hasil usaha tugas kerja sekolah.

 Buku

melambangkan :

1 .Gedung ilmu pengetahuan yang perlu ditimba oleh setiap individu pelajar.
2 .Teman yang paling akrab dan tidak dapat dipisahkan dengan diri murid

Sijil

melambangkan : Bakti dan matlamat pembelajaran telah tercapai.

Pena dan Dakwat 

melambangkan : Alat untuk mencapai cita-cita.

Moto / Cogan Kata

Moto pada lencana sekolah ialah  " ILMU PELITA HIDUP ".


‘ ILMU PELITA HIDUP’ adalah moto Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu. Moto ini adalah simbolik yang unik serta bermakna dan merangkumi semua aspek Pembangunan kemanusiaan dari segi rohani, intelek dan jasmani.  Semua insan mestilah mempunyai ilmu kerana dengan adanya ilmu maka insan tersebut akan hidup dengan sempurna. 

Lagu Sekolah


SKTD sekolah kami
Menuntut ilmu setiap hari
Dari tahun Satu
Tekun berusaha
Menuju Malaysia jaya.

SKTD mendidik kami
Berilmu , berbakti
Beriman , beramal
Amalan yang murni
Hendaklah diikuti

Ilmu itu pelita hidup
Bekalan kita sepanjang zaman
Jasamu guru tersemat di hati
Semoga ALLAH memberkati.

Lirik :    Pn.Norhazami Binti Taib.

Lagu :    En.Roslan Bin Sulaiman.

No comments:

Post a Comment