Thursday, 27 September 2012

Majlis Khatam Al-Quran 1433H/2012

Seramai 119 orang pelajar telah khatam al-Quran bermula dari Prasekolah (1 orang) sehinggalah tahun 6. Majlis telah diadakan pada 27 September jam 8.46 pg yang telah dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru  SK Tok Dir (En Zolkefli bin Hj Mamat). PPD atau wakilnya tidak menghadrikan diri. Majlis adalah kali kedua diadakan bermula tahun 2011. Terima kasih kepada semua Guru & Kakitangan SKTD yg telah menjayakannya dengan baik sekali.

Saturday, 22 September 2012

LAWATAN PASCA UPSR KE KL, NILAI & MELAKA (18-21/9/2012)

Pada 18 - 21 September 2012, SKTD telah menadakan Lawatan sambil belajar Murid Tahun 6 ke Petrosains, Aquaria (KLCC), Nilai, Wonderland Melaka, Menara Tamingsari, Melaka River Cruize dan Zoo Melaka seramai 40 orang telah mengikutinya(6 guru, 1 PT & 33 murid ). Guru yg turut serta ialah GPKKo (En Abdul Salim Adam, Cg Abdul Rahim(Ketua Rombongan), Cg Rosman Abadi, Cg Azimah, Cg Roslita, Ustz Ainiza dan Pn Rohida (PT).